Resep Kek Pandan

Bahan

  • 150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 80 ml air
  • 4 helai daun pandan
  • 80 ml mentega cair
  • 1 sudu besar ovellete
  • Pewarna hijau
  • Pandan emulco

Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu. Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan. Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing. Sediakan loyang bulat atau empat persegi. Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inch. Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar.

  1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
  2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
  3. Mentegar di cairkan

Cara

  1. Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.
  2. Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebuAnggaran masa memukul 10 minit
  3. Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.Terus putar dengan kelajuan tinggi
  4. Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata
  5. Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
  6. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
  7. Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
  8. Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redaiIni bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti
  9. Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang

Resepi kastard

Bahan (A)

  • 160 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)

  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam

Cara

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih. 
  4. Kacau hingga gula hancur. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A). Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek) 
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi). 
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya 
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad dan lapisan akhir pun sama habiskan kastard tadi. 
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk 
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 
  10. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

https://www.facebook.com/permalink.phpstory_fbid=369365933649475&id=231394417446628

Reply to this thread

This site uses cookies and other tracking technologies to differentiate between individual computers, personalized service settings, analytical and statistical purposes, and customization of content and ad serving. This site may also contain third-party cookies. If you continue to use the site, we assume it matches the current settings, but you can change them at any time. More info here: Kebijakan Privasi dan Cookie